Edit by : undercover24hours

 

 

 Edit by :  SabiOOLaGoRG 

 

Mencapai Matlamat

 

Disini saya ingin berkongsi dengan anda semua untuk mencapai cita-cita atau matlamat anda dan berjaya dalam kehidupan, anda mestilah membina suatu kebiasaan berdasarkan langkah-langkah yang telah terbukti keberkesanannya seperti berikut: 

 



1. Kenalpasti Semua Keperluan & Keinginan Sejelas-jelasnya.

Duduk dan tulis semua keperluan dan keinginan anda sepuas-puasnya. Tuliskan seberapa banyak keperluan-keperluan serta keinginan-keinginan atau cita-cita anda. Apabila jumlahnya menjangkau 50 hingga 100, suatu bentuk perasaan atau semangat pada diri anda akan timbul. Teruskan. Perasaan inilah yang akan membarai semangat anda untuk terus ke hadapan bagi mencapai kejayaan.  Insya-Allah..

2. Tuliskan Matlamat-Matlamat Anda.

Tulis matlamat-matlamat atau cita-cita anda di atas sehelai kertas. Ini amat-amat penting kerana jika anda tidak tulis, ia hanya akan menjadi angan-angan sahaja. Salinkannya ke dalam Buku Matlamat anda. Ini juga penting kerana dengan berbuat demikian, ia akan menjadi perkara yang penting bagi anda. Dengan berbuat demikian juga, ia akan mula meresap ke dalam minda separa sedar anda. Apabila ini terjadi maka akan mula sebati dengan matlamat anda. Hasilnya anda tidak lagi merasa selesa selagi anda belum mencapai matlamat atau matlamat anda. Dalam keadaan demikian, sudah pasti anda ingin dapat mencapai matlamat atau cita-cita anda itu dengan segara dan sebaik mungkin. 

3. Tetapkan Tempoh dan Bila Anda Akan Mencapai Matlamat / Cita-Cita  Anda.

Kaji tahap atau kedudukan anda sekarang berbanding dengan apa yang anda inginkan. Kira dan tentukan berapa banyak masa yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda itu. TETAPKAN bila matlamat tersebut mesti anda capai. 

4. Buat Perancangan.

RANCANGKAN tindakan-tindakan anda. Senaraikan semua aktiviti mengikut susunan keutamaannya. Dengan cara begini anda akan lebih yakin berapa lama masanya anda harus akan mencapai matlamat atau cita-cita anda serta bila matlamat anda itu akan anda capai. Perbaiki senarai aktiviti anda dari semasa; optimumkannya, sempurnakannya. 

5. Gambarkan Kejayaan Pada Minda Anda.

Letakkan suatu Studio Filem di minda anda! Bayangkan satu GAMBARAN MENTAL yang anda telah berjaya mencapainya. Buat imej minda yang jelas dan terang pada mata minda anda. Mainkan gambaran itu berulang-ulang – berkali-kali di fikiran anda. Ingatlah bahawa: "Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." - Cecil B. DeMille.

 

 

*  huhu.. biar kita main cf tak ingat dunia.. tapi biar kita ada matlamat.. dan kita cuba nak capaikan.. Biar orang tak faham kenapa kita main cf gila².. Asalkan     diri kita faham apa itu cf..

News

Jangan Kata Tak Nak Pada Lelaki

25/06/2011 14:34
Pasti semua orang tahu bahawa Lelaki dan Wanita itu berbeza. Saya disini lebih suka menyebut dengan sebutan wanita, lebih elegan dibandingkan dengan perempuan. Apalagi kalau penyebutan dengan Bahasa Inggeris, saya lebih suka dengan perkataaan “Woman” daripada “female”. Jika “female” selain manusia...

Ilmu Pembersih Hati

18/06/2011 18:13
Apakah hakikat ilmu yang bermanfaat itu? Secara syariat, suatu ilmu disebut bermanfaat apabila mengandungi mashlahat - memiliki nilai-nilai kebaikan bagi sesama manusia ataupun alam. Akan tetapi, manfaat tersebut menjadi kecil ertinya bila ternyata tidak membuat pemiliknya semakin merasakan...

Poco - poco Haram..!! Betul ke..?

17/06/2011 19:06
Alhamduli’llah.. kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan² semua tantang tarian poco² yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri² rumah dan badan2 kerajaan ketika manghadiri kursus....

Capai Apa Yang Kita Rasa Itu HAK

17/06/2011 03:27
Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan...

Ixi__K4ra0ke_L1ve_In_AC0ustiC__ixI

16/06/2011 23:15
                                                                   السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ...