Jangan Kata Tak Nak Pada Lelaki

25/06/2011 14:34

Pasti semua orang tahu bahawa Lelaki dan Wanita itu berbeza. Saya disini lebih suka menyebut dengan sebutan wanita, lebih elegan dibandingkan dengan perempuan. Apalagi kalau penyebutan dengan Bahasa Inggeris, saya lebih suka dengan perkataaan “Woman” daripada “female”. Jika “female” selain manusia pun boleh disebut female a.k.a betina dalam Bahasa Melayunya untuk sebutan haiwan.

 

Satu – satunya persamaan wanita dan lelaki adalah sama – sama hamba Allah yang wajib dan tunduk kepada aturan-Nya. Jadi saya juga hairan ketika banyak wanita yang menyerukan persamaan hak antara wanita dan lelaki. Berikut ini ‘point’ saya paparkan tentang ISLAM memperlakukan wanita dan lelaki secara berbeza dan memang seperti ini hendaknya..

  1. Aqiqah untuk anak lelaki 2 ekor sedangkan wanita 1 ekor.
  2. Air kencing anak lelaki yang menyusu masih tidak bernajis, cukup dibasuh saja, sedangkan untuk wanita bernajis.
  3. Batasan Aurat berbeza (pasti sudah tahu semua kan).
  4. Hak dalam perwarisan berbeza antara anak lelaki dan wanita.

 

Hal – hal diatas sudah jelas bahawa perlakuan antara wanita dan lelaki berbeza dalam ISLAM. Kelebihan wanita dibanding lelaki adalah anak diwajibkan berbakti kepada ibunya (wanita) sebanyak 3 kali setelah itu baru berbakti kepada bapaknya 1 kali. Meskipun nasabnya mengikuti nama bapaknya seperti penamaan “Muhammad bin Abdullah”. Memang benar lelaki dan wanita sama – sama wajib tunduk kepada Aturan Allah SWT akan tetapi dalam taraf implementasinya juga terjadi perbezaan yang tidak sedikit, seperti misalnya dalam hal saksi, lelaki 1 orang sedangkan jika wanita harus 2 orang, jadi wanita lebih lemah akalnya dibandingkan dengan lelaki.

 

Kemudian, wanita itu kurang agamanya, macam mana??? Pasti banyak yang siap – siap protes dengan paparan ini. Jelaslah wanita itu kurang agamanya, kerana setiap bulan saja dia harus ‘cuti’ untuk tidak solat minima 5 hari. Sedangkan lelaki full access tidak ada kata ‘cuti’ sampai mati.

 

Jadi ISLAM saja sudah memberikan paparan yang cukup luas untuk menyatakan wanita dan lelaki itu berbeza, mengapa minta disamakan antara sesama manusia, padahal Allah sendiri yang menciptakan manusia sudah membezakan kudrat wanita dan lelaki. Janganlah bersikap sombong berjalan di muka bumi Allah ini, kerana demikian juga lelaki jangan merasa sebagai superhero di muka bumi ini kerana kita semua ini sama dihadap depan Allah, yang membezakan hanyalah amal ibadah kita selama hidup.

 

So, pesan terakhir saya.. Hai para wanita janganlah anda kata “TAK NAK” kepada lelaki, kerana lelaki yang akan menghantar anda ke Syurganya Allah, jadi pilihlah lelaki yang boleh membawa anda ke syurganya Allah.