Poco - poco Haram..!! Betul ke..?

17/06/2011 19:06

Alhamduli’llah..

kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan² semua tantang tarian poco² yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri² rumah dan badan2 kerajaan ketika manghadiri kursus. Sebenarnya tarian poco2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.

Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut² sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu. cuma tarian poco² ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama² fikirkan."

Masya Allah...”kawan” pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini,yang kelihatan seperti tidak siuman? Dengan emel ini 'terungkailah' persoalan itu semua. Jadi, “kawan” menyeru kepada diri saya dan anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar.Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum
ini..

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini, asal usul dan kesannya kepada akidah Umat islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini, agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini.


WALLAHUALAM....